Ini ialah cara saya yang mudah, langkah demi langkah bagaimana cara buat blog dan buat duit daripada blog. Setelah 9 tahun saya telah berblogging dan buat duit – ini ialah cara terbaik untuk memulakan blog (dan akhirnya buat duit dengan hanya berblogging).

Bagaimana Cara Buat Blog dengan 6 Langkah Mudah:

Langkah Terperinci Untuk Memulakan Blog dan Buat Duit Sampingan

  1. Pilih nama blog anda dan niche
  2. Onlinekan blog anda (web hosting)
  3. Reka bentuk blog anda menggunakan WordPress theme
  4. Tulis blog pertama
  5. Promosi blog anda dan dapatkan pembaca
  6. Buat duit dengan blog anda

Pendedahan: Ambil perhatian bahawa beberapa link di bawah adalah affiliate link dan tidak menambahkan kos kepada anda, dan saya menerima komisen. Apabila anda membeli hosting menggunakan Bluehost affiliate link saya, mereka memberikan komisen kepada saya, dimana ia membantu untuk membuat panduan percuma kepada anda. Saya hanya mengsyorkan produk yang saya gunakan sahaja.

Apakah blog?

Blog ialah website yang sentiasa dikemaskini dengan konten terbaru, selalunya ditulis secara tidak formal atau secara perbualan.

Matlamat utama ialah memikat hati pembaca dan menjana pendapatan. Anda sedang membaca blog saya sekarang, dan saya sedang tujukkan cara mudah bagaimana cara buat blog sendiri.

Adakah saya patut mulakan blog?

Ya! Sangat mudah untuk mulakan blog dan sangat sesuai untuk bisnes pertama anda. Anda tidak perlukan penulis professional dan web developer. Anda juga tidak perlu pengalaman atau ijazah untuk menjadi blogger yang berjaya. Anda boleh memulakan blog tidak kira berapa umur anda, tempat tinggal atau tahap pengalaman dan masih boleh membuat keuntungan daripada bisnes online. 

Bolehkah saya mulakan blog tanpa pengalaman teknikal??

Walaupun anda tidak mempunyai pengalaman teknikal membina website, cara buat blog lebih mudah pada 2021. Panduan ini dibina untuk membantu anda cara buat blog langkah demi langkah, jadi anda boleh belajar cara buat blog (sangat mudah) hari ini.

Boleh ke buat duit dengan blog?

Ya! jutaan manusia di dunia beralih kepada menjana wang daripada rumah daripada bekerja dari 8 hingga 5. Dengan menulis blog anda boleh menjana keuntungan dengan modal yang kecil. Anda tidak perlu blogging sepenuh waktu. Ada juga part time blogger yang dapat menjana sehingga 6 angka setiap tahun.

Berapakah kos untuk memulakan blog?

Ia bergantung pada goal dan jenis blog yang anda ingin buat, anggaran kos dalam lingkungan RM130 – RM250 setahun untuk buat blog pada 2021. Web hosting adalah kos utama anda. Jika anda mengikuti cara buat blog ini, saya akan tunjukkan cara untuk mengurangkan kos untuk buat blog.

Ikut 6 langkah bagaimana cara buat blog dan buat duit hari ini:

Jika anda dah bersedia untuk buat blog di mana ia dapat meningkatkan pendapatan secara online, jom kita mulakan.

1. Pilih nama blog dan niche

Pertama, inilah masanya anda pilih nama dan niche untuk blog baru anda.

Nama blog anda adalah perkara pertama yang pembaca lihat (seperti bloganda.com), jadi ia sepatutnya sesuai dengan topik utama yang anda tulis atau ia juga boleh nama anda, nama bisnes anda dan kombinasi yang sesuai.

Niche blog anda ialah topik utama yang anda fokus. Contohnya seperti makanan, fesyen, lifestyle, teknologi atau travel. 

Bagaimana jika nama yang saya pilih tidak available?

Jika anda buat blog menggunakan syarikat hosting seperti Bluehost, mereka akan beri anda pilihan nama domain. Jika nama domain yang anda inginkan tidak available, jangan biar ia tergantung di sini. Pilih sahaja cadangan yang diberikan atau fikir sedikit lagi untuk dapatkan nama yang sesuai. Ingat tindakan sangant penting bukannya perfection.

Bolehkah saya tukar nama blog kemudian?

Ya, anda boleh tukar nama atau domain anda kemudian, anda hanaya perlu beli nama domain baharu dalam sekitar RM40. Nama blog adalah sangat penting, ia boleh ditukar kemudian, jadi jangan biarkan perkara ini menghentikan tidakan anda.

2. Onlinekan blog anda (web hosting)

Langkah kedua cara buat blog ialah dengan onlinekan blog anda. Anda perlukan web hosting untuk onlinekan blog anda. Dalam langkah ini, anda akan pilih platform untuk bloging dan plan web hosting digunakan untuk blog anda online.

Apakah web hosting

Untuk onlinekan blog anda kepada seluruh dunia di internet, anda perlukan “host”. Host ini akan menyimpan semua file website dengan baik, selamat dan memastikan pembaca boleh mengakses blog anda jika mereka klik pada link atau taip URL anda. Anggap web hosting adalah rumah anda. Bila ada orang datang (taip URL blog anda), mereka dapat melihat di dalam rumah anda.

Berapakah kos web hosting?

Kos web hosting adalah sangat rendah (sekitar RM10 sebulan) dengan hosting provider yang berkualiti tinggi seperti bluehost. Menggunakan syarikat hosting yang baik untuk blog anda adalah pelaburan sangat penting yang boleh anda buat.

Apakah web hosting yang terbaik?

Platform dan Web hosting yang saya gunakan sendiri (dan paling ramai blogger lain gunakan) ialah wordpress dan web hosting pula ialah Bluehost. WordPress ialah platform percuma sejak tahun 2003. Lebih 60% website dan blog adalah menggunakan wordpress. Bluehost adalah antara web hosting yang terbaik, syarikat dipercayai dalam industri blog hosting. Inilah kombinasi yang saya gunakan untuk membina blog. Sekarang, jom kita setting hosting.

-> Klik di sini untuk ke website Bluehost dan klik button “Get Started”

Pilih plan anda

Pertama, anda akan pilih plan hosting. Saya cadangkan anda pilih Choice Plus Plan kerana ia termasuk dengan Domain Privacy, di mana ia melindungi maklumat peribadi anda (namap penuh anda, alamat email, nombor telefon dan alamat rumah) daripada didedahkan di dalam internet.

Pilih plan pilihan  seperti gambar di bawah. Cuma klik butang “Select” pada plan pilihan:

Seperti yang saya cadangkan di atas. Saya pilih Choice Plus Plan, jadi anda akan dapat Domain Privacy yang akan melindungi maklumat peribadi anda, tetapi anda juga boleh pilih pelan yang lain dan tambah domain privacy kemudian semasa proses pembelian. Kos adalah sekitar RM5 sebulan.

Pilih Nama Domain blog anda

Selepas itu, anda perlu memilih nama domain blog anda:

 

Sekarang anda perlu masukkan nama domain untuk blog anda (blog saya saifulfirdaus.com).

Jika nama domain yang anda pilih tidak available, anda boleh cuba pilihan yang lain – atau (apa yang saya cadangkan) klik pada link I’ll create my domain later. Anda boleh pilih domain anda kemudian selepas anda telah mempunyai akaun Bluehost. Di bawah saya akan terangkan bagaimana cara yang betul memilih nama blog jika anda belum ada nama domain.

Pada page ini, anda boleh klik Choose free domain later (ia akan popup jika anda berada di page ni agak lama atau anda hover mouse anda ke atas).

 

Jika anda telah masukkan nama domain atau anda pilih nama domain kemudian, anda akan dibawa ke langkah terakhir dalam proses Sign-Up – buka akaun.

Buka akaun Bluehost

Lengkapkan butiran akaun seperti nama, alamat email (sangat penting untuk gunakan email yang aktif kerana anda akan login akaun hosting melalui email) dan alamat. Jika anda malas nak isi maklumat secara manual, anda boleh connect Bluehost akaun dengan Google akaun. Dua-dua cara berjaya, pilih salah satu!

Pilih pakej hosting yang betul

Di sini anda perlu pilih berapa yang anda perlu bayar. Lebih lama tempoh anda pilih, lebih murah.

Bluehost hanya memberi pilihan bayaran untuk 1,2,3, atau 5 tahun. Mereka tidak menyediakan bayaran bulanan (kebanyakan syarikat hosting tidak menawarkan bayaran bulanan). Tidak kira plan yang anda pilih, ia adalah pilihan yang baik bergantung pada bajet anda dan anda boleh mulakan blog dan online hari ini juga.

Apakah harga yang terbaik untuk mulakan blog?

Saya cadangkan anda memilih “Prime 36 Month Price” jika anda ingin dapatkan harga yang murah. Itu adalah apa yang saya gunakan sekarang. Apa yang best saya akan dapat harga yang rendah dan (dapat domain privacy) selama 3 tahun. Harga diskaun ini ialah untuk pelanggan baru hanya untuk pembayaran pertama. Jika anda pilih setahun, mungkin harga akan menjadi lebih tinggi untuk tahun berikutnya.

Pilihan pakej yang betul (pilih satu sahaja)

 

Saya cadangkan anda ambil Domain Privacy Protection extra, tetapi anda boleh skip yang lain. Nanti saya akan tunjukkan kepada anda plugins & tools yang free seperti SEO optimization (dapat tingkatkan ranking domain anda di enjin carian), security tambahan dan site back up dan banyak lagi.

Seperti saya terangkan sebentar tadi, mempunyai domain privacy extra dapat melindungi maklumat peribadi (nama, email, nombor telefon dan alamat rumah) dari didedahkan dalam internet.

Jika anda pilih Choice Plus Plan pada skrin sebelum ini, Domain Privacy Protection anda akan menjadi “Free” seperti gambar di atas – ia termasuk dalam plan tersebut.

Jika anda pilih Basic atau Plus Plan, anda perlu check pada box untuk menambah Domain Privacy Protection dengan kos sebanyak USD 1 sebulan.

Jumlah yang anda lihat sekarang adalah amaun yang perlu anda bayar hari ini. Ingat anda tidak perlu bayar semula untuk 1,2,3 atau 5 tahun bergantung kepada pakej yang anda pilih.

Tambahan pula, terdapat guarantee 30 hari jika anda berubah fikiran.

 

Sekarang anda perlu masukkan butiran bayaran, klik pada kotak kecil di mana anda bersetuju dengan terma dan syarat Bluehost dan kemudian klik butang “Submit”.

Yes! tahniah sekarang ada dah mempunyai hosting sendiri.Dengan rasminya anda telah siapkan langkah penting cara buat blog.

Sekarang kita akan beralih ke peringkat seterusnya iaitu setup blog anda.

Seterusnya, anda akan lihat langkah demi langkah dalam proses install WordPress pada blog anda menggunakan Bluehost. Dan kemudian dalam panduan ini, saya akan tunjukkan banyak tips berguna untuk optimumkan blog anda. plugin percuma dan murah yang anda boleh install supaya blog anda lebih cantik dan menarik.

-> Klik di sini untuk ke website Bluehost dan daftar domain sekarang.

Jika anda belum lagi set up web hosting dan ingin tahu pilihan yang lain – ada pilihan yang boleh anda pertimbangkan. 

2 alternatif platform blog hosting yang baik  yang boleh anda pertimbangkan

 

  • Dreamhost – Secara teknikal, Dreamhost lebih kurang sama dengan Webhosting yang lain. Tetapi kelebihan Dreamhost yang paling ketara ialah mereka menyediakan bayaran bulanan (pay-per-month-plan). Jika anda mempunyai bajet yang ketat, mungkin Dreamhost adalah pilihan yang baik.

  • HostGator – Perkara yang bezakan antara syarikat HostGator dan Syarikat hosting yang lain ialah khidmat pelanggan yang baik dan mereka juga menyediakan bayaran bulanan di mana ia dapat membantu blogger baru yang kekurangan bajet. Ranking HostGator juga antara yang tertinggi antara penyedia web hosting yang lain.

Pendedahan: Ambil perhatian apabila anda membuat pembelian menggunakan link affiliate saya, mereka akan beri sedikit komisen kepada saya, di mana ia dapat membantu saya membuat cara buat blog ini secara percuma kepada anda. Ketahui bahawa saya juga menggunakan hosting Bluehost, dan saya tidak akan mencadangkan apa-apa produk dan perkhidmatan tidak gunakan secara peribadi dan sokonglah saya 🙂 

Saya tahu, belajar  cara buat blog menggunakan wordpress adalah satu perkara yang menakutkan.

Sabar-sabar, jika anda ikut perlahan-lahan langkah cara buat blog ini, saya yakin anda akan berjaya buat blog anda sendiri dan mula menjana wang secara online.

 

3. Design blog anda dengan WordPress Theme percuma

 

Sekarang kita telah sampai ke bahagian yang penting untuk buat blog, inilah masanya untuk untuk dapatkan sedikit keseronokan.

Design blog dengan menggunakan WordPress mungkin agak sedikit sukar (jika anda belum pernah membina blog sebelum ini), tetapi saya janji ia tidak terlalu teknikal.

Jika anda ingin buat blog dan jana pendapatan daripadanya, WordPress adalah pilihan yang bijak

Jom kita belajar serba sedikit asas WordPress, jadi anda boleh faham kenapa WordPress adalah platform (atau dikenali sebagai Content Management System atau CMS) sebagai enjin blog anda.

Apakah Content Management System (CMS)?

Content Management System (atau CMS) ialah tempat anda akan menulis, design, dan terbitkan blog post anda. CMS yang baik (seperti wordpress) sangat mudah digunakan, mudah untuk mengurus kandungan blog anda, upload gambar dan video, dan mempunyai kawalan penuh untuk blok anda kelihatan seperti yang diinginkan. 

Apakah WordPress?

WordPress adalah CMS yang paling popular di dalam dunia, jutaan blogger menggunakannya setiap hari (termasuk saya), Statistik menunjukkan lebih 60% blog di dunia menggunakan CMS ini, termasuk website-website besar seperti NBC, TED dan banyak lagi.

Adakah saya patut buat blog menggunakan WordPress (adakah WordPress Free)?

Sudah semestinya terdapat pilihan CMS yang lain (contohnya Wix, Squrespace, Tumbler, Blogger, Medium atau Ghost), tetapi saya sangat-sangat cadangkan anda menggunakan WordPress blog dan hosting sendiri. Buat blog menggunakan WordPress percuma (anda hanya perlu mempunyai webhosting).

Sekarang, perkara yang anda perlu berhati-hati ialah WordPress terdiri daripada 2 platform yang berbeza. Terdapat WordPress.com dan WordPress.org. Namanya hampir sama, tetapi terdapat perbezaan besar antara mereka.

WordPress.com:

  • Percuma untuk digunakan (banyak sekatan)
  • Tidak benarkan anda memilih domain sendiri (cth: siteanda.wordpress.com)

  • Pilihan pengiklanan yang sangat terhad (tidak boleh jual iklan sendiri)

  • Tidak boleh upload plugins

  • Sokongan theme yang sangat terhad. Anda bergantung dengan design yang paling asas.

  • Anda harus membayar untuk buang jenama WordPress, contohnya siteanda.com
  • SEO dan Analytics yang terhad

WordPress.org:

  • Kawalan penuh untuk design, pilihan plugin yang banyak dan tiada jenama WordPress
  • Kawalan penuh pengiklanan pada blog anda
  • Ciri-ciri SEO yang baik (orang mudah jumpa blog anda)
  • Anda boleh tambah kedai eCommerce atau site membership
  • Yuran yang sangat rendah (daripada hosting plan yang murah yang anda gunakan)

Pilihan di tangan anda, jika anda ingin kawalan penuh untuk blog anda, boleh menjana pendapatan melaluinya, WordPress.org ialah pilihan yang bijak.

Bagaimana untuk install WordPress (dan setting blog anda)

Ambil masa untuk biasakan bahagian admin di WordPress, mungkin agak sukar untuk kali pertama, tetapi lama kelamaan anda akan biasa dengan paparan tersebut.

Pilih theme WordPress yang terbaik untuk buat blog

Jika anda masih baru untuk memulakan blog, saya tidak galakkan anda membeli theme berbayar.

Jika anda dah mula mendapat traffk (pengunjung) dan telah jana pendapatan, dan barulah anda boleh pertimbangkan untuk membeli theme berbayar yang mempunyai banyak pilihan. Apa yang penting ialah membawa trafik ke laman web anda.

WordPress didatangkan dengan banyak theme untuk dipilih, jadi pilih satu pilihan anda di Appearance >> Themes >> Add New Themes >> Popular tanpa membuang masa yang banyak. Anda boleh tukar themes kemudian.

Saya cadangkan anda menggunakan Kadance WP, Hello Elementor atau Astra (semunya adalah 100% percuma, dan anda boleh upgrade kemudian.

 

Saya suka tiga theme ini kerana ia simple, bersih dan mudah digunakan tanpa perlu keluarkan duit untuk beli theme untuk blog anda. Kemudian setelah anda telah jana keuntungan daripada blog anda, mungkin anda boleh pertimbangkan untuk upgrade theme supaya anda boleh akses lebih banyak features.

Kenapa design sangat penting apabila belajar cara buat blog

Walaupun anda tidak kisah dengan design blog anda, tetapi pembaca anda kisah. Malah dalam kajian tahun 2012 daripada google dan Universiti Basel, mereka mendapati pembaca akan menilai website dari kecantikan dan fungsinya.

Reka bentuk yang baik membina kepercayaan. Ia memberitahu kepada pembaca yang anda mengambil berat tentang blog anda untuk kelihatan cantik. ia tidak bermaksud anda perlu masukkan pelbagai animasi dan bermacam-macam warna. Sebenarnya, reka bentuk blog yang baik ialah jelas, simple dan mudah untuk di baca.

Jika anda telah memilih theme yang betul untuk WordPress blog anda. Tibalah masanya untuk mengetahui plugins WordPress, bagi membantu anda untuk mengubahsuai blog anda dengan lebih mudah.

7 WordPress plugins yang wajib anda install di blog anda

Plugins WordPresss memainkan peranan yang sangat penting dalam bagaimana blog anda akan berfungsi.

Apakah WordPress Plugin dan kenapa ia penting?

WordPress plugins adalah software kecil ataupun “add-on” dimana ia memberikan fungsi dan ciri-ciri tambahan pada blog anda. Antara fungsi plugin ialah kumpul langganan email, membina borang, optimakan SEO blog anda, laporan trafik blog, dan banyak lagi.

Perkara yang perlu anda tahu, Plugins WordPress terlalu banyak untuk dipilih.Saya akan tunjukkan plugin yang penting supaya anda tidak membuang masa dan fokus cara buat blog ini. Ini ialah Plugins WordPress yang mesti ada apabila anda mulakan buat blog hari ini: